Saturday, 16 November 2013

Public Bank Batu Pahat Family Day at Lotus Desaru Beach Resort on 16-17 November 2013


Saya telah mengikuti rombongan hari keluarga Public Bank cawangan Batu Pahat di Lotus Desaru Beach Resort pada 16 dan 17 November 2013. GPS dari Papago telah aku talakan dan menunjukkan jarak sejauh 178km dari rumah aku. Bertolak dari rumah aku jam 2:00 memasuki tol Yong Peng Utara dan keluar Tol Senai (tol Rm11.20) seterusnya menyusuri lebuhraya Senai Desaru terus keluar di Tol Penawar (tol Rm11.20). Jarak dari Tol Penawar ke Lotus Desaru Beach Resort lebih kurang 8km. Kami tiba di resort  pada jam 4:30 petang. 

Agenda seterusnya adalah pertandingan ala ala siri televisyen dari Korea iaitu 'Running Man' . Kakitangan bank aku dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Credit , Hire Purchase dan Frontline.




En Amir dahi bertelur.


Cik Joey.. Rambut pula bertelur.

Setelah dikira kutipan markah antara kumpulan, keputusan adalah seri. Cabutan undi dilakukan untuk menentukan pemenangnya.


Selepas permainan ini tamat , kami sekeluarga pun bermain main ditepi pantai.





Inilah pengalaman pertama anak bongsu aku, Muhammad Ifwaat bermain ombak ditepi pantai. Perasaan berbaur keterujaan dan takut melihat ombak menghempas pantai.

Pada waktu malam aktiviti BBQ. Pihak resort ada menyediakan kemudahan BBQ dan bahan bahan sajian juga disediakan oleh mereka dengan kadar bayaran yang berpatutan.


Isteriku juga membantu.


Cik Joey pun turut membantu. 

Selepas makan malam kami sekeluarga balik ke penginapan kami. Tidur.

Sarapan pagi di Teratai Seaview








Selepas sarapan , kami beriadah di Taman Tema Air pula.



Rakan rakan sepejabat sedang berseronok.



Lobby Resort


Setelah penat beriadah di taman tema air ini kami pun bersiap untuk beredar pulang... Selamat tinggal Desaru... Anak bongsu bertanya... Esok bole datang lagi tak ayah?... Ehm... Aku menjawab... Tahun depan kita datang lagi ya... InsyaAllah..











Itulah pengalaman aku sekeluarga di Lotus Desaru Beach Resort... Layan ..







No comments:

Post a Comment