Tuesday, 12 November 2013

Honda C70 lampu bulat year 1980 Restoration

Motorsikal ini telah saya ambil semula dari bengkel . Inipun setelah tertanya-tanya di manakah motorsikal arwah bapak ini tersimpan. Akhirnya saya telah menemuinya dibengkel rakan kepada abang aku , beliau membenarkan saya untuk mengambil semula motorsikal tersebut dari bengkel beliau, sebab beliau tiada kesempatan untuk meneruskan proses baikpulih ini.


Beginilah keadaannye setelah ditinggalkan lama di dalam bengkel tersebut. Terpanggil untuk memelihara harta pusaka ini dan kenangan kenangan bersama arwah bapak semasa aku masih kecil. Inilah salah satu gambar kenangan aku semasa kecil.

Gambar diambil pada tahun 1982 (kalau tak silap) bersama abang ajak (razak).

Setelah berbincang bersama isteri tercinta ( Puan Radzah Binti Dullah ) untuk melakukan proses baik pulih (restorasi) motorsikal tersebut. Isteri menyokong penuh usaha tersebut.  Perbincangan bersama isteri juga telah mencadangkan supaya Bengkel Ajib yang beralamat di Taman Santalia , Tongkang Pechah untuk menjadi penasihat untuk proses baikpulih motorsikal tersebut. Inipun setelah En Ajib membuktikan kepakaran beliau dalam proses baikpulih motosikal lama. Gambar di bawah ini adalah salah satu contoh hasil kerja kerja beliau , iaitu model motorsikal Yamaha Rxs tahun 1980 an


Inilah hasil kerjatangan En Ajib. 

Proses pemindahan motorsikal ini pun bermula. En Awaludin telah dilantik sebagai perunding lojistik. 




Dengan harga yang dipersetujui, En Awaludin telah memindahkan motorsikal tersebut dari bengkel lama ke bengkel Ajib.

En Ajib telah menanggalkan bahagian bahagian kecil motorsikal


Proses mencari kedai cat pun bermula. Kami telah bersepakat untuk memilih En Ah Ho untuk melakukan kerja kerja mengecat untuk memulihbaik motorsikal ini. Inipun setelah En Ah Ho membuktikan kerja kerja beliau yang teliti dan kemas. 

Warna merah mutiara telah menjadi pilihan. Dan untuk kemasan terakhir, lacquer dari jenama glasurit telah saya pilih.





Inilah sahaja untuk kali ini . Projek akan datang .. Proses salutan untuk rim dan juga enjin cover.. Ini memerlukan kos yang agak besar jadi kena bersabar dulu.

Nampaknye proses restorasi atau baikpulih telah tergendala selama 7 tahun. Sebabnya telah hilang minat. Ok baik. Sekarang kita mulakan semula.

Warna biru metalik adalah warna terkini. 
Proses mengecat telah siap pada 12 Jun 2020



28 Jun 2020
30 Jun 2020 
Enjen 
Pendawaian dah selesai 
Pastikan penjajaran roda lurus 
23 July 2020 siap sudah












12 Ogos 2020, mari bawa pulang, pomen pesan jangan bawak laju laju, kena running in dulu. 
Done road tax renewal after expiring more than 10 years 



Hari Raya 1442H 2021M 3.0 PKP

3 comments:

  1. Restore lampu bulat ni ada tukar magnet dan coil tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh minta no.contact bengkel? nak buat juga

      Delete
    2. boleh minta no.contact bengkel? nak buat juga

      Delete